Search

Nasi Briyani Buluh... | Resepi turun temurun 🥘

  • Share this:

Nasi Briyani Buluh..

Rezeki kali ni untuk dapat rasa sejenis briyani yang lain daripada yang lain sebab dimasak dan dihidang dalam buluh.. Haah betul - dalam bamboo!

Memperkenalkan Mamu Briyani House terletak di Rawang, Selangor yang menggunakan resepi briyani yang turun-temurun. Pemilik restoran ini, Kapten Razif, pernah berkerja sebagai juruterbang pesawat tetapi akibat pandemik Covid-19 beliau mengambil cuti tanpa gaji. Kapten Razif terpaksa mencari sumber pendapatan yang lain dan bermula dengan menjual Nasi Briyani dibuat dari resepi mak beliau. Untuk permulaan sepanjang PKP hanya menjual dari rumah, tapi di atas permintaan ramai sekarang dah berjaya buka satu restoran yang menawarkan Briyani Bamboo dengan pelbagai hidangan yang lain.

Pada perminat briyani pasti akan suka Bamboo Briyani ni, sebab rasa memang penuh rempah dan spices tambah dengan texture basah-basah dari buluh tu sendiri. Dia punya nikmat bila makan lain macam hehe.

Bukan sahaja Briyani Bamboo, Mamu Briyani House juga menawarkan pelbagai makanan lain seperti Kari Kepala Ikan, Nasi Daun Pisang dan juga "Tandoori Brew Coffee" 😋

Nak tahu rasa macam mana, jom tengok video ni!

📝Menu:
Banana Leaf Rice: >> https://www.facebook.com/mamubriyanihouse/photos/119153413344965
Briyani Bamboo >> https://www.facebook.com/mamubriyanihouse/photos/114549823805324
Tandoori Brew >> https://www.facebook.com/mamubriyanihouse/photos/118181670108806

📍Lokasi:
Mamu Briyani House - MBH
No. 1-G, Kemaris Avenue,
Jalan Kawasan Perindustrian Rawang,
Sungai Bakau, 48000 Rawang, Selangor.

🕒Waktu Operasi: 10am - 10pm
📞Tel: 017-9913937
📱IG: @mamu.briyani
📱FB: Mamu Briyani House - MBH


Tags:

About author
not provided
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan... From UK ?? now in Malaysia ?? #matsallehcarimakan
View all posts